Laman Utama Artikel Muat turun Hiperlink Berita
September 06 2010 08:57:00   
Menu Utama
Laman Utama
Artikel
Muat turun
FAQ
Hiperlink
Berita
Hubungi
Carian
Info Sekolah
Sekapur Sireh
Misi & Visi
Organisasi Pengurusan
Senarai Guru Besar
Kejayaan
Sejarah
PIBG Sekolah
Web Team
Kurikulum
Bahasa Melayu
Sains
Matematik
Kajian Tempatan
Jasmani dan Kesihatan
Sivik kewarganegaraan
Pendidikan Seni Visual
Pend.Islam & J-Qaf
Bahasa Inggeris
Kemahiran Hidup
Muzik
Pra Sekolah
Kokurikulum
Kadet Remaja Sekolah
Pengakap
Puteri Islam
Softball
Bola Jaring
Bola Baling
Olahraga
Persatuan B.Melayu
Persatuan B.Inggeris
Persatuan Matematik
Persatuan Sains
Menu Penghantaran
Status Online
Pelawat'Online': 2
Tiada ahli 'Online'

Ahli Berdaftar: 116
Ahli Pasif: 0
Ahli Baru: GB Ahmmad Rofee
HyperLink

Image
Anti Buli
Khidmat Nasihat DBP
F1 in Schools
Eduwebtv

 Link to UNicef
Emis Online
Pemudah
Liga Bola Sepak
OSS
Biro Aduan JPM
PIPP 2006-2010

Mari menyokong tulisan Jawi. Tukar rumi kepada Jawi secara online menggunakan Jawi Converter.
Komuniti Bestari

Komuniti Bestari bermula di sini...

Standard Guru Malaysia (SGM)
MembersPembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:

”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”

(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia.

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

* Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,

* Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

* KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan

* Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi.


Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

* mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,

* mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.


Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

Guru

* Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

* Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.


Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan

* Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

* Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).

* Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.


Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.

* Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.

* Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.


Guru Besar dan Pengetua Sekolah

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.

* Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.


Agensi Latihan Perguruan

* Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.

* Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

* Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.

Item
Tiada Item dihantar.
Hantar Item
Sila daftar masuk untuk menghantar Item.
Undian
Undian hanya boleh dilakukan oleh ahli berdaftar sahaja.

Sila daftar ahli untuk mengundi.

Tiada Undian dilakukan.
Daftar Masuk
Nama ID

Kata Laluan



Belum menjadi ahli?
Klik disini untuk mendaftar.

Lupa kata laluan?
Dapatkan yang baru di sini.
Undian
Persediaan UPSR 2010

Mantap

Memuaskan

Merisaukan

Anda mesti daftar masuk untuk mengundi.
Chat
Anda harus daftar masuk untuk Chat.

JubahSutera
24/08/2010 09:54
selamat menduduki peperiksaan buat murid tahun enam 2010

Cikgu Sariah Suffi
06/08/2010 13:39
EG-TUKAR: Pihak sekolah dikehendaki membuat semakan dan mengemaskini data guru mulai 3 Ogos - 17 Ogos. Sila hubungi Pen. Pegawai Pelajaran Daerah masing2 utk sbrg pertanyaan lanjut.

Cikgu Sariah Suffi
06/08/2010 11:22
Penarafan SSQS 2010 Penarafan tahap bestari sekolah menggunakan Aplikasi SSQS Online akan berlangsung dari 19 Julai Jam 10.00 pagi hingga 30 Ogos 2010 Jam 4.00 petang. Harap maklum.

Cikgu Sariah Suffi
02/08/2010 10:13
nantikan gambar kandid family day dari lensa paparazzi bamboobay tidak lama lagi..

Cikgu Sariah Suffi
30/07/2010 18:12
selamat bermandi manda wahai family sktb

Cikgu Sariah Suffi
27/05/2010 11:18
sila o sila ke gerai 9..kita rasa ayaq blender...sedap hingga tak terkata

permaisuri ira cute
31/03/2010 16:15
HAI SEMUA

sinderela
26/02/2010 12:31
tq pd seme umah sukan kerana memberi laluan dan kemenangan pada umah pluto..'sapuu bersihhh'...jumpa lagi thn dpn....

nancydrew
22/02/2010 21:23
go belu, go belu!!!

Cikgu Sariah Suffi
21/02/2010 19:58
ini dah kira raih undi nie..eheheehehehe

Peti Simpanan
Copyright © 2008