| 
Status Online | Pelawat'Online': 2
Tiada ahli 'Online'
Ahli Berdaftar: 116
Ahli Pasif: 0
Ahli Baru: GB Ahmmad Rofee
|
|
Komuniti Bestari | Komuniti Bestari bermula di sini...
|
TRAGEDI JAMBATAN GANTUNG |
Kejadian berlaku pada jam 10.40 malam tadi ketika pelajar-pelajar berkenaan menyeberang jambatan berkenaan untuk minum malam di SK Kuala Dipang yang terletak di seberang sungai tempat mereka mengadakan perkhemahan.
Ketika jambatan itu runtuh, seramai kira-kira 30 pelajar sedang berada di atas jambatan gantung itu, dan kesemuanya terhumban ke sungai. Hanya 7 pelajar yang terselamat sebaik kejadian kerana sempat berpaut di kabel jambatan, dan juga diselamatkan oleh guru dan petugas.
Tiang binaan di sebelah SK Kuala Dipang terbongkah yang menjadi punca jambatan itu runtuh, sementara binaan di sebelah kawasan perkhemahan masih kukuh.
Seramai 298 pelajar dari 60 buah sekolah kebangsaan sekitar Daerah Kinta Selatan mengambil bahagian dalam perkhemahan itu.
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bergegas ke tempat kejadian dan menamatkan mesyuarat persiapan Sidang DUN Perak di kediamannya lebih awal. Beliau meninjau tempat kejadian dan mendapatkan laporan dari pihak polis, bomba dan pengendali perkhemahan.
Seramai lebih 100 anggota dari Pasukan Polis PGA dan Bomba berusaha keras untuk mencari mangsa.
Turut hadir dalam lawatan itu Timbalan Menteri yang juga Ahli Parlimen Tapah, Dato’ Saravanan, ADUN Chenderiang yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Adun Air Kuning yang juga Ketua Umno Bahagian Tapah, Dato’ Shamsuddin Abu Hassan, Ketua Umno Bahagian Kampar, Dato’ Radhi Manan, Exco Wanita yang juga Adun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman, Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Dato’ Zainal Abidin Omar dan beberapa yang lain.
Di akhir lawatannya, Dr. Zambry yang kelihatan muram di sepanjang lawatannya itu, melahirkan rasa amat sedih dengan kejadian berkenaan dan telah mengarahkan supaya pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan jabatan-jabatan berkaitan membuat siasatan segera mengenai punca jambatan itu boleh runtuh. Beliau menyatakan rasa simpati kepada ibubapa di mana anak mereka terlibat dalam tragedi malang itu.
Kepada ibubapa yang anaknya masih dicari, saya melahirkan rasa simpati yang amat sangat. Terbayang wajah anak-anak saya di rumah. Semoga mereka selamat dan dapat dijumpai. InsyaAllah.
|
|
Item |
Hantar Item |
|
Sila daftar masuk untuk menghantar Item.
|
Undian |
|
Undian hanya boleh dilakukan oleh ahli berdaftar sahaja.
Sila daftar ahli untuk mengundi.
Tiada Undian dilakukan.
|
|
Daftar Masuk |
Belum menjadi ahli? Klik disini untuk mendaftar.
Lupa kata laluan? Dapatkan yang baru di sini.
|
Undian | |
|
|
|
| |