JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS SAMBUTAN HARI WANITA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Pembangunan Wanita akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kebangsaan Tahun 2009 seperti berikut :
Tarikh : 25 Ogos 2009 (Selasa)
Tempat : Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Perasmian : 5.30 petang - 8.00 malam
Perasmian majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan jualan akan diadakan di sekitar Pusat Konvensyen bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Selain dari itu Majlis Berbuka Puasa bersama-sama YAB Perdana Menteri turut diadakan.
Semua staf wanita dan Ahli Wangi UTM International Campus Kuala Lumpur yang berminat untuk turut serta dalam majils ini amat dialu-alukan. Sila kemukakan nama ke Pejabat Pendaftar dengan kadar segera. Sila hubungi Puan Huzaimah bt. Yahya di sambungan 4916 atau Puan Norhasimah Awang di sambungan 4830.
JubahSutera 24/08/2010 09:54 selamat menduduki peperiksaan buat murid tahun enam 2010
Cikgu Sariah Suffi 06/08/2010 13:39 EG-TUKAR: Pihak sekolah dikehendaki membuat semakan dan mengemaskini data guru mulai 3 Ogos - 17 Ogos. Sila hubungi Pen. Pegawai Pelajaran Daerah masing2 utk sbrg pertanyaan lanjut.
Cikgu Sariah Suffi 06/08/2010 11:22 Penarafan SSQS 2010
Penarafan tahap bestari sekolah
menggunakan Aplikasi SSQS Online akan berlangsung dari 19 Julai Jam
10.00 pagi hingga 30 Ogos 2010 Jam 4.00 petang. Harap maklum.
Cikgu Sariah Suffi 02/08/2010 10:13 nantikan gambar kandid family day dari lensa paparazzi bamboobay tidak lama lagi..